Saturday, June 20, 2020

Kesetiaanku kesetiaanmu jua

Jalan2 di Jonker Walk Melaka,
Belek2 foto jualan tersurat tersiratnya apa,
Bangsa2 di Malaysia kesetiaannya pada siapa, 
Pada sultan di sini atau diktator di sana.

Dari mana hendak ke mana

Datang dari Tuhan
Itulah insan
Kembali kepada Tuhan
Itulah hakikat hidup insan berTuhan.

Kadang insan rasa besar
Rasa kuasa rasa punya segala
Semua dirinya benar.

Hakikatnya kau dan aku
Manusia itu semuanya sama
Beza umur,kuasa, harta, pangkat, darjat
Namun akhirnya ke mana semua.

Dari mana hendak ke mana
Dari dunia hendak ke syurga
Dari dunia hendak ke neraka
Dari mana hendak ke mana
Asal dari tanah akhirnya ke tanah jua.

Sunday, April 22, 2007

Satu titik permulaan karya
Bidang yang sudah kesekian lamanya kutinggalkan..aku pernah belajar Kursus Penulisan Cerpen..malah aku pernah sering memasuki pertandingan puisi, drama,teater,karya-karyaku hanya setakat di tangan teman-teman yang kadang-kadang meng'book' tulisanku..dan guru-guruku..khas untuk bekas kelas 5Sains10 MRSM Muar..